Karnival Sukan Staf UiTM atau lebih dikenali sebagai KARiSTA merupakan karnival sukan yang diadakan bertujuan merapatkan hubungan antara semua staf Universiti Teknologi MARA seluruh Malaysia. Karnival bagi tahun ini merupakan penganjuran Perstauan Sukan dan Kebajikan Kakitangan (PSKK), Pusat Sukan UiTM Shah Alam dengan Kerjasama UiTM Cawangan Perlis. Untuk edisi kali ini UiTM Cawangan Perlis telah dipilih selaku tuan rumah. Karnival sukan yang bertujuan memberi impak kepada Matlamat 3: Sustainable Development Goals (SDG) iaitu Good-Health and Wellbeing dalam usaha UiTM mempromosikan gaya hidup sihat dan sejahtera melalui penganjuran program sukan kepada warga kampus. Ini seiring dengan pembudayaan IDART kepada atlet dan pegawai yang menerapkan displin dalam latihan bagi kejayaan pasukan serta tanggungjawab bersama untuk mematuhi peraturan bagi menjaga nama baik kejohanan dan UiTM. Pemain berbakat yang terpilih untuk mewakili kontinjen masing-masing bakal bertanding untuk merebut 71 pingat emas yang akan dipertandingkan.